AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 


Maksud gaya hidup sihat ialah satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup. Ianya bermaksud kesihatan sangatlah diutamakan dan mencegah diri daripada penyakit yang berbahaya. Selain itu, boleh disimpulkan maksud gaya hidup sihat dari segi fizikal ialah menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar. Manakala maksud gaya hidup sihat dari aspek mental ialah mengawal stress dan ketegangan. Ini melibatkan ketenangan jiwa, perasaan dan juga fikiran. Matlamat gaya hidup sihat boleh dikategorikan sebagai bersikap universal memandangkan matlamat ini adalah bagi membentuk individu yang sihat dari aspek rohani dan jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada penyakit-penyakit. 


 AMALKAN 5 gaya hidup sihat 

  1. Menjaga Pemakanan Seharian

Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk.  


 

    2. Bersenam atau Beriada 

Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan. 


 

    3.Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran 

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

4.  Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun. 



5.  Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan 

Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. 

 


 

 

 

KESAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 

 
 
 
 
CONTOH :    
 
 

 

 

 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KECEDERAAN TISU LEMBUT

STROKE????

APA ITU TULANG??